
Terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan terbaru kepada ibu bapa penjaga. Semakan keputusan peperiksaan secara online ini boleh dilakukan dengan melayari portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Selepas selesai sahaja peperiksaan atau ujian dijalankan ibu bapa boleh mendapatkan keputusan peperiksaan atau ujian anak mereka dengan pantas di portal tersebut.
Untuk ke portal tersebut tuan/puan boleh lah melayari ke saps.moe.gov.my dan klik capaian semakan ibu bapa.
Diharapkan dengan adanya kemudahan ini ibu bapa dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan.









